HELLO!!!


Sunday 3 April 2011

He was Cool


Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar lelaki di sekolah menengah bernama Ji Eun Sung yang pantang di usik oleh sesiapa sehingga menyebabakannya akan bergaduh dengan orang itu.Dia digeruni oleh semua pelajar di sekolah tersebut bernama sehing-galah seorang pelajar perempuan telah terkena ugutan darinya bernama Han Ye Won.Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang ugutan itu sehinggalah mereka berdua mula menyukai antara satu sama lain.

Namun,Eun Sung mempunyai rahsianya tersen-diri.Salah satunya ialah bapanya telah mati disebabkan AIDS.Rintitan itu,sejak kecil dia tidak mempunyai ramai kawan kerana mereka takut terkena jangkitan penyakit itu.Disebsbkan itu,dia tidak menceritakan rahsianya kepada He Won kerana takut ditinggalkan olehnya.Akan tetapi,He Won telah mengetahui kesemua rahsianya dari rakan karibnya sendiri.Akhirnya Ji Eun Sung dan Han HE Won bertemu semula pada musim salji yang pertama. 

Witch Yoo Hee


Drama ini memaparkan watak seorang wanita yang angkuh,panas baran dan tidak memiliki cirri-ciri kesopanan sebagai seorang wanita di sebabkan kisah silam bernama Yoo Hee.Suatu hari,dia telah mengupah seorang lelaki bernama Moo Ryong sebagai pembantu rumahnya.dalam pada masa yang sama,Moo Ryong mempunyai bakat yang besar dalam dunia masakan tetapi di haling oleh ibu bapanya kerana mereka ingin beliau menjadi seorang doctor pakat bedah.

Pelbagai peristiwa dan dugaan sepanjang dia menjadi pembantu rumah. Salah satunya ialah dia Berjaya mengubah majikannya menjadi ‘feminin’ Sehinggalah dia berselisih faham dengan teman wanitanya,Seung Mi dan dia berjaya mengatasi masalah itu.Namun akhirnya dia berpisah atas peris-tiwa dan sebab-sebab tertentu dan menjalin cinta dengan majikannya,Yoo Hee.


Full House


Kisah ini bermula apabila Han Ji Eun kehilangan rumahnya akibat perbuatan temannya dan terpaksa melakukan kahwin kontrak dan menyamar sebagai isteri pemilik baru rumah tersebut (seorang artis terkemuka) demi mendapat-kan semula rumah itu.Pelbagai adegan lucu dan mencuit hati berlaku sepanjang penyamaran ini..
Konflik bermula apabila masing-masing di goda oleh pelbagai pihak namun di sudut hati,mereka mula menyukai antara satu sama lain tetapi ego untuk meluahkannya.Sehinggalah kisah perkahwinan kontrak mereka terbongkar di khalayak ramai oleh pihak yang ingin menghancurkan hidup mereka..
Akhirnya mereka terpaksa berpisah.Dan kembali bersatu menjadi suami isteri tanpa kontrak dan hidup bahagia di “Full House”.

Sassy Girl





Adaptasi modern kisah Chun Hyang berfokus pada kisah cinta antara Chun Hyang dan Mong Ryong. Kisah bermula melalui sebuah insiden di taman kota, Chun Hyang berkenalan dengan Lee Mong Ryong dan perkenalan keduanya berlanjut di sekolah.

Ketika mengunjungi Chun Hyang yang sedang sakit di rumah, Mong Ryong tidak sengaja meminum minuman keras dan kemudian mabuk, hingga tertidur di sebelah Chung Hyang sampai pagi. Akibat hal tersebut, orang tua mereka sangat malu dan ingin menikahkan mereka tetapi mereka harus tetap melanjutkan kuliah.

Dalam masa yang sama, Mong Ryong masih mencintai senior di kelasnya, Chae Rin (Park Si Euntetapi cintanya ditolak oleh Chae Rin, mereka putus hubungan. Tidak berapa lama kemudian,berbagai gangguan datang dari Chae Rin untuk mendapatkan kembali Mong Ryong namun mereka berjaya mempertahankan perkahwinan mereka

Hello Miss!




Drama ini mengisahkan Lee Su Ha seorang remaja yang dilahirkan dalan keluarga yang kuat pegangan agama dan sering disukai oleh orang ramai.Akibatnya,dia dicemburui oleh Kkot-Bun teman asuhannya sejak kecil.Sehinggalah pada suatu hari,dia bertemu semula dangan Kkot-Bun di pejabatnya tetapi Kkot-Bun menyem-bunyikan identitinya yang sebenar dan menggunakan nama Su Hwa.

Sejak itu,Su Hwa mula menaruh dendam terhadap Lee Su Ha disebabkan kekurangan kasih sayang terutama dari ibunya ketika waktu kecil dan menyebabkan dia lari dari rumah bertahun-tahun lamanya.Dalam masa yang sama,Su Ha menghadapi konflik di mana dua orang sepupu dari syarikat itu menaruh hati padanya.

Akhirnya dia memilih Hwang Gun namun percintaan mereka mendapat tentangan dari datuk Hwang Gun.Datuknya mengenakan syarat jika mereka ingin bersatu. Apakah sya-ratnya?Mari saksikan drama Hello miss sekarang..