HELLO!!!


Monday 14 March 2011

Couple or Trouble



Drama ini mengisahkan seorang wanita kaya,sombong dan pentingkan diri sendiri bernama Jo Anna yang hilang ingatan setelah lemas di lautan ketika berada di koridor kapal mewahnya dalam keadaan mabuk kerana bertengkar dengan suaminya,Billy Park.Dia kemudianya dijumpai oleh Jung Chul Soo yang  mengenali dirinya atas peris-tiwa-peristiwa tertentu yang berlaku sebelum ini.Disebabkan ingatanya hilang,beliau diberi nama Na Shang Shil  dan sedikit sebanyak perangainya berubah menjadi seorang yang penyayang,tidak sombong dan selalu tertawa.


Konflik bermula apabila suaminya telah menjumpai keberadaanya namun tidak ingin membawanya pulang bersama-sama kerana dia ingin hidup bebas tanpa dikongkong oleh isterinya. Namun terdapat peristiwa yang telah memulihkan ingatannya dan dia telah di bawa pulang oleh suaminya tetapi dengan perwatakkan barunya. Akhirnya dia menganbil keputusan untuk bercerai dengan suaminya dan ingin membina hidup baru bersam Jung Chull Soo..

2 comments: