HELLO!!!


Tuesday 8 March 2011

My girl






My Girl  merupakan drama Korea pertama yang saya tonton.Drama ini adalah drama komedi romantic dan sangat menarik.Ia juga berunsurkan nilai-nilai kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan.Hero dalam filem ini ialah Seol Gong Chan yang merupakan pewaris salah sebuah hotel terkenal dan terkaya iaitu Hotel Avaneul manakala heroin pula Joo Yoo Rin merupakan seorang gadis dari keluarga miskin namun kehidupannya berubah apabila dia menyamar sebagai adik saudara perempuan Seol Gong Chan merangkap cucu kepada pengerusi Hotel Avanuel, datuk Gong Chan.

Pelbagai kisah menarik yang dipaparkan dalam filem ini,pastinya mencuit dan mengharukan hati dengan melihat telatah Yoo Rin sepanjang penyamarannya. Sehinggalah dia terpaksa berpisah dengan Gong Chan leleki yang dicintainya tanpa pengetahuannya setelah penyamarannya terbongkar.Untuk mengetahui lebih lanjut adegan-adegan yang menyentuh hati,saksikan My Girl sekarang!


No comments:

Post a Comment