HELLO!!!


Monday 14 March 2011

You are Beautiful



Drama ini merupakan drama yang penuh dengan nilai-nilai persahabatan dan kasih sayang yang mengisahkan seorang wanita yang bernama Go Mi Nyeo, menyamar sebagai abang kembarnya Go Mi Nam setelah abangnya terpilih menyertai sebuah kumpulan penyanyi yang terkenal, A.N Jell kerana ingin mencari ibu kandung mereka yang sekian lama terpisah tanpa sebarang berita.Sepanjang proses pencarian ibunya, pelbagai kisah pahit manis, suka duka yang dihadapi olehnya (Go Mi Nyeo) ketika bersama-sama menyertai A.N Jell, namun dia sentiasa mendapat sokongan dan perlindungan dari ahli-ahli kumpulan ini.


Sehinggalah pada satu masa,dia mula menaruh hati pada ketua kumpulan ini iaitu Hwang Tae Kyung  yang berpewatakan tegas, ego dan keras kepala tetapi sentiasa mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap ahli kumpulannya yang lain terutamanya Go Mi Nyeo. kerana dia mengetahui identiti sebenar  Go Mi Nyeo adalah seorang wanita,bukan lelaki.Namun terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh hati. Akhirnya, penyamaran Go Mi Nyeo terbongkar secara aman dikalangan ahli kumpulan ini. Mereka semua dapat menerima Go Mi Nyeo sebagai seorang wanita dengan baik. Sebagai penutup filem ini, Hwang tae Kyung meluahkan isi hatinya bahawa dia mencintai Go Mi Nyeo…

No comments:

Post a Comment